JENIS-JENIS SERANGGA DAN TEKNIK KAWALAN



LIPAS

Ø Penyemburan bahan kimia bagi menghapuskan dan mencegah lipas akan dijalankan secara teliti dan menyeluruh terutama pada tandas-tandas,stor dan lain-lain lokasi pembiakan lipas.Jika infestasi lipas di sesuatu tempat terlalu tinggi,maka semburan Ultra Low Volume (U.L.V) akan dijalankan.(dengan kebenaran dari pihak pelanggan)




SEMUT

Ø Penyemburan bahan kimia bagi mengawal dan menghapuskan semut akan dijalankan secara teliti dan menyeluruh terutama pada tempat pembiakan semut.Jika infestasi semut di sesuatu tempat terlalu tinggi,maka semburan Ultra Low Volume (U.L.V) akan dijalankan.(dengan kebenaran dari pihak pelanggan




TIKUS

Ø Umpan-umpan racun tikus akan diletakkan di dalam kotak-kotak khas yang akan diletakkan di tempat tempat yang strategik seperti pantry,stor,kabinet dapur dan lain-lain tempat yang sesuai.

Ø “ Glue Board ” (Papan Gam) atau perangkap tikus akan digunakan pada laluan-laluan tikus sekiranya perlu.
Pihak kami juga akan menguruskan bangkai-bangkai tikus yang ditemui mati di premis pelanggan.




LEBAH

Ø Kerja-kerja semburan ini akan dilakukan pada waktu malam selepas jam 7.
Pihak kami akan membersih dan membuang sarang
lebah atau tebuan yang telah mati




TEBUAN

Ø Pemeriksaan yang teliti dan menyeluruh akan dijalankan untuk mengenalpasti lokasi sarang tebuan / lebah.

Ø Semburan bahan kimia akan dijalankan dengan menggunkan mesin semburan bertekanan tinggi (Power Sprayer) atau Pump B&G.




ULAR


Ø Mengenalpasti tempat pembiakan dan laluan ular dipersekitaran bangunan.

Ø Menaburkan serbuk Sulfur untuk menghalang ular dari masuk ke kawasan persekitaran bangunan terbabit. Serbuk Sulfur tersebut akan ditaburkan dalam bentuk garisan sejarak 2 inci.



KELAWAR

Ø Pemasangan jaring akan lakukan keseluruhan lubang banggunan atau rumah.

Ø Pembersihan najis kelawar akan dijalankan selepas pemasangan jaring.Penyemburan bahan kimia akan dilakukan sekiranya perlu.



BURUNG

Ø Kerja-kerja mencuci najis burung akan dijalankan terlebih dahulu dikeseluruhan kawasan yang terlibat
Ø Setelah kerja-kerja mencuci selesai dijalankan kerja-kerja semburan bahan kimia akan dijalankan bagi membasmi kuman-kuman yang terkandung didalam najis burung
Ø Selepas itu kerja-kerja meletakkan gam pencegah burung (bird repellant) akan dijalankan dikawasan benteng konkrit dimana burung-burung ini hingapPeringkat seterusnya adalah bagi menjalankan kerja-kerja memasang jaring berkemampuan tinggi (heavy duty netting system)pada bukaan-bukaan yang terdapat pada bahagian bumbung yang menjadi laluan masuk untuk membuat sarang

LALAT

Ø Semburan bahan kimia akan dijalankan dengan teliti dan menyeluruh di kawasan seperti di kawasan tong sampah dan longkang-longkang berhampiran untuk mengawal pembiakan larva lalat.

Ø Teknik semburan ‘Ultra Low Volume’ akan dijalankan di kawasan yang terdapat lalat. Semburan akan dijalankan dengan mesin TWISTER ULV dan bahan kimia yang akan digunakan adalah ICON WP.

Ø Perangkap lalat ‘Fly Ribbon’ juga akan digunakan jika perlu.





JENTIK-JENTIK

Ø Semburan pemusnahan jentik-jentik (larvaciding) akan dijalankan di kawasan air bertakung yang terdapat pembiakan jentik-jentik seperti di longkang-longkang,lopak-lopak air,air untuk kegunaan dan sebagainya.

Ø Untuk air yang kotor dan tidak digunakan,semburan akan dijalankan dengan menggunakan bahan kimia BAYTEX.Bagi kawasan takungan air untuk kegunaan,pengawalan jentik-jentik akan dijalankan dengan menabur ABATE.



NYAMUK

Ø Pemeriksaan akan dijalankan untuk kenal pasti lokasi dan punca nyamuk membiak.
Ø Semburan pengwasapan (fogging) akan dijalankan untuk menghapuskan nyamuk-nyamuk dewasa.semburan akan dijalankan pada kawasan-kawasan dan persekitaran yang terlibat seperti longkang-longkang,tempat pembuangan sampah,rumpun-rumpun pokok dan sebagainya.Untuk kawasan luaran dan persekitaran bangunan,semburan akan dijalankan dengan kaedah (Oil Base Fogging Solution).

0 Response to "JENIS-JENIS SERANGGA DAN TEKNIK KAWALAN"

Post a Comment