CORRECTIVE SOIL TREATMENT
Ø Kaedah rawatan yang paling berkesan bagi mencegah dan menghapuskan anai-anai untuk jangkamasa panjang ialah Rawatan Pemulihan Tanah atau lebih dikenali dengan nama ‘Corrective Soil Treatment Method’ (Drilling Method).
Ø Objektif rawatan ini adalah untuk mewujudkan satu rintangan bahan kimia pada tapak bangunan bagi melindungi dari serangan anai-anai untuk jangka panjang.
Teknik Rawatan
Ø Pemeriksaan yang rapi dan teliti akan dijalankan untuk mengesan lokasi anai-anai yang masih aktif pada bangunan yang terlibat.
Ø Pemeriksaan akan diutamakan pada lokasi-lokasi yang selalu diserang anai-anai seperti bingkai-bingkai pintu, tingkap, lantai-lantai carpet dan kayu-kayu dan kabinet-kabinet yang terdapat didalam bangunan /rumah.
Ø Sekiranya ditemui anai-anai yang aktif sejenis racun serbuk akan disuntik kedalam laluan/sarang anai-anai yang aktif dengan menggunakan sejenis alat khas.
Ø Bahan ini akan dibiarkan bertindak-balas selama 7-9 hari.
Ø Lubang bergaris pusat 18mm akan digerudi menembusi lantai bangunan pada jarak 10-15cm dari dinding / bingkai pintu dan tiang. . Lubang lubang akan digerudi pada jarak 45cm hingga 60cm dan dikedalaman 45cm.
Ø Lubang akan digerudi disekeliling bangunan dan juga lain-lain kawasan yang strategik terutama di tepi-tepi tangga, bingkai pintu dan tiang-tiang serta struktur bangunan yang terletak diatas tanah.
Ø Bahan kimia yang dicairkan dan akan disuntik ke dalam lubang-lubang sebanyak 5 liter untuk setiap lubang berdasarkan bahan kimia yang digunakan.
Ø Bahan kimia yang telah disuntik tadi akan sebati dengan tanah tapak bangunan tersebut dan ini akan dapat menghapuskan dan menghalang serangan anai-anai.
Ø Setelah bahan kimia disuntik lubang-lubang akan ditampal semula mengikut warna lantai simen yang asal.
CHEMICAL SOIL TREATMENT
ANAI-ANAI ( SUBTERRANEAN TERMITE ) Anai-anai adalah sejenis serangga yang membiak dan membentuk koloni-koloni mereka didalam tanah dibawah struktur bangunan, kawasan-kawasan yang terdapat serpihan kayu tertanam dan juga dipangkal-pangkal pokok. Anai-anai membiak didalam koloni-koloni yang besar yang diketuai oleh Ratu Anai-anai ( Termite Queen ). Teknik atau cara terbaik untuk mencegah atau mengawal pembiakan atau serangan anai-anai kesesuatu bangunan adalah dengan kaedah Rawatan Tanah (Chemical Soil Treatment ) iaitu ketika sesebuah bangunan didalam proses pembinaan. RAWATAN TANAH ( Chemical Soil Treatment ) Rawatan Tanah ( Chemical Soil Treatment ) adalah bertujuan untuk membentuk satu rintangan bahan. kimia untuk tempoh jangka panjang ditanah dibawah lantai bangunan untuk mencegah serta menghalang kehadiran Ratu Anai-anai.
PERINGKAT PERTAMA (FOOTING)
Semburan bahan kimia ‘Termifos 38.7’ yang dicairkan pada kadar
1% akan dijalankan pada lapisan batu batan ( Hard Core ) yang telah dipadatkan iaitu sejurus sebelum lapisan konkrit dituang.
‘Termifos 38.7’ yang telah dicairkan pada kadar 1% akan disembur pada anggaran sebanyak 4.5 liter untuk setiap satu meter persegi tanah tersedia.
PERINGKAT KEDUA( GROUND BEAMS )
Semburan peringkat kedua adalah pada kadar 4.5 liter untuk setiap 10 kaki panjang di kawasan ‘Ground Beams’ sebelum lapisan konkrit dituang.
PERINGKAT KETIGA (GROUND FLOOR SLAB)
Semburan bahan kimia ‘Termifos 38.7’ yang dicairkan pada kadar 1% akan dijalankan pada lapisan batu batan ( Hard Core ) yang telah dipadatkan iaitu sejurus sebelum lapisan konkrit dituang.‘Termifos 38.7’ yang telah dicairkan pada kadar 1% akan disembur pada anggaran sebanyak 4.5 liter untuk setiap satu meter persegi tanah tersedia.
PERINGKAT KEEMPAT (APRON)
Semburan peringkat keempat adalah bahan kimia ‘Termifos 38.7’ yang dicairkan pada kadar 1% akan disembur sebanyak 4.5 liter untuk setiap 1 meter persegi disepanjang kaki lima (Apron) bangunan diatas tanah tersedia iaitu sebelum lapisan konkrit dituang.
Sebarang pertanyaan atau masalah serangga perosak, sila tinggalkan nombor telefon anda pada ruangan message di bawah untuk pihak kami menghubungi anda.
0 Response to "KEPAKARAN SYARIKAT MEMBASMI SERANGGA PEROSAK"
Post a Comment