PENGENALAN














WNS PEST MANAGEMENT SDN.BHD. adalah merupakan sebuah syarikat kawalan serangga perosak yang berteraskan kaedah ‘Intergrated Pest Management’.
Ditubuhkan pada 15 Julai 2009 dengan pemilikan 100% Bumiputra. Syarikat kami telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah tajuk 220301 - Anti Termite Bangunan dan Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia. Mula beroperasi sepenuhnya sejak ditubuhkan dengan dibantu oleh kakitangan yang berpengalaman dan mempunyai lesen (Pemakai Racun Makhluk Perosak) dalam bidang kawalan serangga umum. Kami menawarkan perkhidmatan yang efisien dan efektif serta mesra alam dengan kos berpatutan.Kami menawarkan perkhidmatan untuk premis perniagaan, kediaman, pejabat-pejabat kerajaan dan swasta serta kilang-kilang. Harapan kami dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan pada pelanggan kami dari masa ke semasa.

0 Response to "PENGENALAN"

Post a Comment